HUAWEI MatePad Pro Kini Rasmi Pada Harga RM2399, Pra-Tempah Bermula 3 Hingga 10 April Comments Off on HUAWEI MatePad Pro Kini Rasmi Pada Harga RM2399, Pra-Tempah Bermula 3 Hingga 10 April

Hari ini HUAWEI Malaysia telahpun melancarkan tablet terbaik keluarannya setakat ini dengan kemunculan HUAWEI MatePad Pro untuk pasaran tempatan.

Dilengkapi dengan paparan skrin IPS LCD berukuran 10.8 inci WQXGA (2560 x 1600 piksel), MatePad Pro telah menampilkan rekaan FullView Display dengan saiz bezel nipis pada keliling skrin. Malah kualiti paparannya juga tersedia dengan teknologi DCI-P3.

MatePad Pro juga telah dikuasakan dengan Kirin 990 dan dioperasikan oleh EMUI 10 berasaskan Android 10. Tersedia dengan sokongan kuad speaker hasil sentuhan Harman Kardon dan juga Histen 6.0 3D stereo, MatePad Pro turut menyokong kamera depan 8MP dan juga kamera utama 13MP.

Ketahanan tablet berkuasa ini telah dijana oleh bateri berkapasiti 7250mAh yang dilengkapi pengecasan pantas 20W, pengecas tanpa wayar 15W, dan juga pengecas berbalik 7.5W.

HUAWEI MatePad Pro yang tersedia dalam warna Pearl White dan Midnight Blue ini akan dijual pada harga RM2,399 untuk varian 8GB + 256GB.

Pra-tempah boleh dibuat mulai esok (3 April 2020) hingga 10 April 2020 di HUAWEI Online Official Store ataupun HUAWEI Flagship Store di Lazada.

Setiap pembelian akan turut menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,000 iaitu terdiri daripada M-Pencil, Smart Magnetic Keyboard, dan juga HUAWEI Cloud Storage sebesar 50GB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend