HUAWEI MatePad Pro Kini Rasmi Dengan Skrin Penuh 10.8″ QHD+, Kirin 990 Dan Bateri 7250mAh Comments Off on HUAWEI MatePad Pro Kini Rasmi Dengan Skrin Penuh 10.8″ QHD+, Kirin 990 Dan Bateri 7250mAh

Hari ini HUAWEI dengan rasminya telahpun melancarkan tablet premium terbaharunya iaitu HUAWEI MatePad Pro yang bukan sahaja menampilkan sentuhan rekaan lebih moden, tetapi turut menawarkan sokongan spesifikasi berprestasi tinggi, bersempena majlis pelancaran khas yang diadakan di Shanghai, China.

Diperkenalkan sebagai tablet Android paling berkuasa, HUAWEI MatePad Pro telah dikuasakan dengan cipset Kirin 990 dan juga dioperasikan oleh EMUI 10 berasaskan Android 10. Tampil dalam dua edisi WiFi atau LTE, MatePad Pro tersedia dengan konfigurasi RAM dan ROM sehingga 8GB + 512GB.

Berukuran 159 x 246 x 7.2mm dengan berat 460g, MatePad Pro menyokong paparan skrin berukuran 10.8 inci dengan resolusi QHD+ (2560 x 1600 piksel), panel IPS LCD tablet ini turut menjanjikan gamut warna yang lebih luas dengan teknologi paparan DCI-P3. Paparan skrin telah dioptimumkan sepenuhnya kerana ia memiliki saiz bezel yang nipis, dan juga lubang kamera 8MP yang ditempatkan pada skrin.

Keupayaan penggambaran utamanya pula boleh diambil menggunakan lensa kamera beresolusi 13MP (f/1.8) dengan sokongan PDAF dan juga LED Flash. Manakala untuk ketahanan pula, ia dijana oleh bateri berkapasiti 7250mAh dengan pengecasan pantas 40W, teknologi pengecasan tanpa wayar 15W, dan juga fungsi reverse wireless charging 7.5W.

This slideshow requires JavaScript.

Selain itu HUAWEI MediaPad Pro juga turut dilengkapi kuad speaker dengan teknologi HUAWEI Histen 6.0, sambungan stylus M-Pen dengan ciri pengecasan tanpa wayar, sambungan WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.1, dan juga port USB Type-C.

Harga jualan HUAWEI MatePad Pro:

  • HUAWEI MatePad Pro (Wi-Fi)
    • 6GB + 128GB – CNY3,299 (~RM1,959)
    • 8GB + 256GB – CNY3,399 (~RM2,019)
    • 8GB + 256GB (M-Pen + papan kekunci magnetik) – CNY4,999 (~RM2,969)
  • HUAWEI MatePad Pro (LTE)
    • 6GB + 128GB – CNY3,799 (~RM2,256)
    • 8GB + 256GB – CNY4,499 (~RM2,672)
    • 8GB + 512GB (M-Pen + papan kekunci magnetik) – CNY5,999 (~RM3,562)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend