HUAWEI MatePad Dijangka Akan Diperkenalkan Dengan Sokongan Kirin 810 Dan Skrin 2K Comments Off on HUAWEI MatePad Dijangka Akan Diperkenalkan Dengan Sokongan Kirin 810 Dan Skrin 2K

HUAWEI MatePad Pro baru sahaja dilancarkan secara rasmi bermula bulan lepas, dan kini sudah ada berita yang mengesahkan kemunculan satu lagi tablet baharunya yang dikenali sebagai HUAWEI MatePad.

Berbeza dengan versi Pro, HUAWEI MatePad akan menampilkan spesifikasi lebih rendah iaitu akan dikuasakan dengan cipset Kirin 810. Tablet ini juga menawarkan port USB Type-C, dengan sokongan M-Pencil.

Dari segi penampilan fizikal, HUAWEI MatePad dilihat masih mengekalkan rekaan yang sama seperti MatePad Pro. Namun begitu, ia tidak menggunakan rekaan lubang kamera pada skrin untuk kamera depan beresolusi 8MP.

HUAWEI MatePad juga akan menawarkan paparan skrin 2K berukuran 10.4 inci, dan ia akan ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu putih dan juga kelabu.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend