HUAWEI MatePad Dan MatePad T8 Akan Tiba Di Malaysia Pada 16 Mei 2020, Berharga RM1399 Dan RM559 Comments Off on HUAWEI MatePad Dan MatePad T8 Akan Tiba Di Malaysia Pada 16 Mei 2020, Berharga RM1399 Dan RM559

Awal bulan April yang lalu, HUAWEI Malaysia telahpun melancarkan tablet HUAWEI MatePad Pro untuk pasaran tempatan pada harga RM2,399. Kini HUAWEI Malaysia memperluaskan lagi penawaran siri MatePad di negara ini dengan penawaran dua lagi model terbaharunya iaitu MatePad dan juga MatePad T8.

HUAWEI MatePad

Disasarkan untuk tablet daripada segmen harga kelas pertengahan, HUAWEI MatePad mengekalkan identiti rekaan skrin penuh sama seperti Matepad Pro. Hadir dengan paparan skrin 2K berukuran 10.4 inci, tablet dengan nisbah skrin-ke-kerangka 84% ini turut menyokong teknologi HUAWEI ClariVu Display Enhancement dan juga TÜV Rheinland Low Blue Light.

HUAWEI MatePad juga telah dikuasakan dengan cipset 7nm Kirin 810 dengan sokongan lapan teras (2x Cortex A76 + 6x Cortex A55) berkelajuan 2.27GHz, bateri berkapasiti 7250mAh, empat speaker dengan sentuhan Harman Kardon dengan Histen 6.0, menyokong HUAWEI M-Pencil dan juga EMUI 10.

HUAWEI MatePad T8

HUAWEI MatePad T8 merupakan sebuah tablet mampu milik yang telah dikuasakan dengan cipset lapan teras Cortex A53 berkelajuan 2.0GHz daripada MediaTek MT8768, dan juga dioperasikan dengan EMUI 10 berasaskan Android 10.

Memiliki paparan skrin berukuran 8.0 inci, tablet seberat 310g ini dilengkapi dengan fungsi Kids Corner yang menawarkan antaramuka khas yang lebih selamat dan lebih menyeronokkan untuk golongan kanak-kanak.

Harga dan ketersediaan

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend