HUAWEI MatePad 10.4 Akan Dilancarkan Pada 23 April Ini Comments Off on HUAWEI MatePad 10.4 Akan Dilancarkan Pada 23 April Ini

HUAWEI dijangka akan melancarkan tablet terbaru mereka minggu ini selepas syarikat itu memuat naik poster pelancaran peranti berkenaan di laman weibo.

Barisan HUAWEI MatePad terbaru akan diumumkan pada 23 April 2020 di China yang mana salah satu model itu menampilkan tablet bersaiz 10.4-inci seperti yang dilaporkan sebelum ini. Spesifikasi awal akan memperlihatkan paparan FHD+ dengan bingkai yang nipis, kamera depan 8MP, serta kamera belakang juga 8MP diikuti LED flash. Sistem audio dipercayai menggunakan teknologi Harman Kardon menerusi empat pembesar suara di sekeliling kerangka.

MatePad 10.4 akan dikuasakan cipset Kirin 810, memori 4GB atau 6GB bersama storan sebesar 64GB atau 128GB yang turut menyertakan slot untuk kad microSD. Bateri sebesar 7250mAh juga mungkin menyokong pengecasan pantas malah tablet ini akan ditawarkan dalam dua pilihan iaitu versi WiFi+selular dan WiFi.

Berita mengenai tablet ini bukanlah perkara baru tetapi telah diperlihatkan menerusi poster yang dipacak di bilik pameran HUAWEI di China.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend