HUAWEI MateBook X Pro 2020 Kini Rasmi Dengan Intel Core Generasi Ke-10 Dalam Warna Emerald Green Comments Off on HUAWEI MateBook X Pro 2020 Kini Rasmi Dengan Intel Core Generasi Ke-10 Dalam Warna Emerald Green

Di dalam majlis pelancaran yang berlangsung hari ini, HUAWEI turut melancarkan komputer riba MateBook X Pro 2020 yang menjanjikan prestasi yang lebih berkuasa dengan rekaan skrin penuh yang menjadi sentuhan ikonik pada rekaan MateBook X Pro sebelum ini.

HUAWEI MateBook X Pro 2020 kini telah dikuasakan dengan pemproses Intel Core generasi ke-10 yang jauh lebih berkuasa iaitu Intel Core i5-10210U (empat teras 1.6GHz, Turbo up sehingga 4.2 GHz) dan juga Intel Core i7-10510U (empat teras 1.8GHz, Turbo up sehingga 4.9 GHz).

Ia turut dilengkapi dengan sentuhan grafik daripada NVIDIA GeForce MX250/Intel UHD Graphics, memori RAM LPDDR3 (2133 MHz) sehingga 16GB, dan juga storan jenis NVMe PCIe SSD sehingga 1TB.

Sama seperti MateBook X Pro 2019, ia turut dilengkapi butang kuasa dengan pengimbas cap jari terbina-dalam, bicu audio 3.5mm, port Thunderbolt 3, port USB Type-C dengan sokongan data, pengecas serta sambungan dengan MateDock 2, dan juga port USB Type-A (USB 3.0).

Ketahanan baterinya pula digalas oleh bateri 56 Wh yang mampu memainkan video tanpa henti sehingga 13 jam. Proses pengecasan MateBook X Pro 2020 terasa lebih pantas dengan sokongan HUAWEI MateBook Charger 65W.

Hadir dengan sokongan empat buah speaker dan juga empat mikrofon, MateBook X Pro 2020 turut dilengkapi skrin 13.9 inci LTPS beresolusi 3000 x 2000 piksel dengan input sentuhan sehingga 10 poin, dan juga kamera 1MP yang tersembunyi di antara butang F6 dan juga F7.

Apa yang menariknya, buat pertama kalinya HUAWEI telah memberi sentuhan baharu dengan memperkenalkan warna baharu Emerald Green pada komputer riba keluarannya ini.

HUAWEI MateBook X Pro 2020 tersedia dalam tiga warna termasuk Space Gray dan Mystic Silver. Ia akan dijual untuk pasaran Eropah pada harga seperti berikut (termasuk cukai dan juga caj tambahan):

  • Intel Core i5 10th Gen (16GB + 512GB SSD) – EUR1,499 (~RM6,879)
  • Intel Core i5 10th Gen + MX250 (16GB + 512GB SSD) – EUR1,699 (~RM7,798)
  • Intel Core i7 10th Gen + MX250 (16GB + 1TB SSD) – EUR1,999 (~RM9,175)

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend