HUAWEI MateBook D 15 Habis Dijual Pada Hari Pertama Pelancaran Jualan Di Empat Lokasi Berbeza Comments Off on HUAWEI MateBook D 15 Habis Dijual Pada Hari Pertama Pelancaran Jualan Di Empat Lokasi Berbeza

HUAWEI baru-baru ini telahpun mengumumkan bahawa kesemua HUAWEI MateBook D 15 yang ditawarkan di empat lokasi jerayawara (roadshow) berbeza telah habis dijual pada harga pertama pelancaran jualannya iaitu di IOI City Mall (Putrajaya), Sunway Pyramid (Petaling Jaya), Queensbay Mall (Pulau Pinang), dan juga Imago Mall (Sabah).

Bersempena jerayawara tersebut, pengguna boleh memiliki HUAWEI MateBook D 15 pada harga yang sangat menarik iaitu hanya RM2,499. Lebih istimewanya, setiap pembelian akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM1,287.

Menurut Darren Chin yang merupakan seorang guru, komputer riba miliknya baru sahaja rosak dan mendapati bahawa HUAWEI MateBook D 15 adalah sangat praktikal dan sangat berbaloi untuk dimiliki. Bagi memastikan dia berjaya mendapatkan tawaran hebat ini, dia telah beratur seawal jam 6 pagi pada 18 Januari 2020 di IOI City Mall, Putrajaya.

Memandangkan HUAWEI MateBook D 15 telahpun habis terjual di HUAWEI Online Official Store, anda masih boleh memilikinya (stok terhad) secara atas talian seperti berikut:

Spesifikasi HUAWEI MateBook D 15:

  • Windows 10 Home
  • AMD Ryzen 5 3500U
  • Radeon Vega 8 Graphic
  • 8GB DDR4 RAM
  • 256GB PCle SSD + 1TB HDD
  • 15.6″ IPS FHD (nisbah skrin-ke-kerangka 87%)
  • 250 nits, 178 ° sudut pandangan
  • Bateri 42Wh
  • Wifi 802.11a/b/g/n/ac, 2×2 MIMO
  • Bluetooth 5.0, pengimbas cap jari, hall sensor
  • 1x USB-A 3.0, 2x USB-A 2.0, 1x USB-C, 1x HDMI, bicu audio 3.5mm
  • 2x pembesar suara 2W, 2x mikrofon
  • 357.8 x 229.9 x 16.9 mm
  • 1.62kg
  • Mystic Silver

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend