HUAWEI MateBook D 14″ Dan MateBook D 15″ Kini Rasmi Dengan Intel Core Generasi Ke-10 Comments Off on HUAWEI MateBook D 14″ Dan MateBook D 15″ Kini Rasmi Dengan Intel Core Generasi Ke-10

Serentak dengan pelancaran tablet HUAWEI MatePad Pro, HUAWEI turut memperkenalkan dua komputer riba baharunya dengan kemunculan model MateBook D 14″ dan juga MateBook D 15″. Berbeza dengan generasi sebelum ini, kedua-dua model baharu ini telah menerima penambahbaikan spesifikasi dan juga pembaharuan pada rekaan fizikalnya.

 

MateBook D 14″ dan MateBook D 15″ kini kelihatan lebih mirip seperti rekaan MateBook X Pro, dan ini jelas dapat dilihat melalui sokongan bezel yang lebih nipis dan juga rekaan bucu yang lebih bersegi. Malah kedudukan kameranya untuk kedua-dua model komputer riba ini juga telah disembunyikan di antara butang F6 dan F7.

Kedua-dua MateBook D 14″ dan MateBook D 15″ juga kini telah dikuasakan dengan pemproses Intel Core i5-10210 ataupun Intel Core i7-10510 generasi ke-10. Selain itu ia turut menyokong GPU NVIDIA GeForce MX250, memori RAM sehingga 16GB, serta 512GB SSD untuk varian Intel Core i5, dan 256GB SSD + 1TB HDD untuk varian Intel Core i7.

Dilengkapi dengan sambungan port 1x USB Type-C, 2x USB-A 2.0, 1x USB-A 3.0, HDMI, dan bicu audio 3.5mm, model MateBook D 14″ menyokong bateri 56Wh dan model MateBook D 15″ pula hadir dengan bateri lebih kecil iaitu 42Wh.

Bukaan skrin yang rata.

Kedua-dua model ini turut menyokong sistem operasi Windows atau Linux, dan ia akan dijual pada harga bermula daripada CNY3,699 iaitu kira-kira RM2,197.

Baca juga:

HUAWEI MatePad Pro Kini Rasmi Dengan Skrin Penuh 10.8″ QHD+, Kirin 990 Dan Bateri 7250mAh

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend