HUAWEI MateBook D 14/15 Versi Baharu – Kini Dengan Pemproses Lebih Berkuasa Comments Off on HUAWEI MateBook D 14/15 Versi Baharu – Kini Dengan Pemproses Lebih Berkuasa

Dalam acara pelancaran yang diadakan malam semalam, bukan sahaja telefon pintar dan tablet malah HUAWEI turut memperkenalkan versi tingkat taraf untuk siri komputer riba paling laris mereka.

MateBook D 14 dan MateBook D 15 kini lebih berkuasa yang mana pemproses dalaman telah dipertingkatkan masing-masing melalui Intel Core i7-10510U Generasi ke-10 dan AMD Ryzen 7 3700U.

Prestasi penyejukan komputer riba ini kini 27% lebih baik menerusi teknologi sistem penyejuk HUAWEI Shark Fin FAN 2.0. Tidak banyak perubahan untuk versi terbaru ini memandangkan perkakasan lain masih lagi dikekalkan.

Paparan menggunakan panel IPS LCD beresolusi FHD 1920 x 1080 pada MateBook D 14 dan juga MateBook D 15, begitu juga ia masih menawarkan pengimbas jap jari pada butang kuasa. Sokongan HUAWEI Share yang membolehkan pengguna membuka telefon pada komputer riba juga turut disertakan. Pengecas yang diberikan didalam kotak pembelian dilihat masih lagi sama iaitu berkuasa 65W.

HUAWEI MateBook D 14 dan MateBook D 15 didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Space Grey dan Mystic Silver.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend