Huawei MateBook 13 Dengan Paparan 2K FullView Akan Dijual Pada 6 April – Harga Bermula RM3,999 Comments Off on Huawei MateBook 13 Dengan Paparan 2K FullView Akan Dijual Pada 6 April – Harga Bermula RM3,999

Bersempena dengan majlis pelancaran siri Huawei P30 yang berlangsung hari ini, Huawei Malaysia turut mengumumkan penawaran komputer riba terbaharunya dengan kemunculan Huawei MateBook 13.

Menampilkan rekaan paparan FullView yang diinspirasikan daripada Huawei MateBook X Pro, Huawei MateBook 13 dilengkapi dengan skrin sentuh 13 inci IPS LCD beresolusi 2K (2160 x 1440 piksel). Ia juga telah menawarkan dua pilihan pemproses iaitu Intel Core i5-8265U atau Intel Core i7-8565U, yang mana kedua-duanya tersedia dengan kad grafik NVIDIA GeForce MX150 (2GB GDDR5).

Spesifikasi lain yang disokongnya termasuklah 8GB RAM (LPDDR3 2133MHz), ruang storan PCIe SSD sehingga 512GB, bateri 42Wh dengan palam kuasa USB-C 65W, dua speaker Dolby Atmos, dua port USB-C dan juga satu bicu audio 3.5mm. Dari segi dimensi ia memiliki ukuran 14.9 x 286 x 211mm, dan berat hanya 1.28kg.

Huawei MateBook 13 juga menampilkan beberapa ciri-ciri istimewa seperti sistem penyejukan Huawei Shark Fin Design 2.0 yang mampu memastikan aliran udara yang efisien bagi melepaskan haba panas dengan maksimum. Malah proses pemindahan fail juga terasa lebih mudah dan cepat melalui fungsi Huawei Share 3.0 OneHop yang mampu memindahkan video bersaiz 1GB dalam 35 saat sahaja.

Tersedia dalam warna Space Grey, Huawei MateBook 13 akan dijual pada harga RM3,999 untuk Intel Core i5, manakala Intel Core i7 pula ditawarkan pada harga RM4,399. Dijual bermula 6 April 2019 ini, anda sudah boleh membuat pra-tempah di Huawei Online Store dan akan menerima hadiah percuma bernilai RM857 secara percuma.

Baca juga:

Huawei P30 Pro Kini Rasmi Pada Harga Bermula RM3,799 – Diikuti P30 Berharga RM2,699

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend