HUAWEI Mate Xs Dilaporkan Akan Menerima Teknologi Pengecasan Pantas Berwayar 65W Comments Off on HUAWEI Mate Xs Dilaporkan Akan Menerima Teknologi Pengecasan Pantas Berwayar 65W

Diumumkan secara rasmi akan dilancarkan pada Mac tahun depan, HUAWEI Mate Xs sebelum ini telah disahkan akan dikuasakan dengan cipset Kirin 990 5G. Malah ia juga dikatakan akan menyokong rekaan engsel yang diperbaharui berbanding rekaan engsel ‘Falcon Wing’ pada HUAWEI Mate X generasi pertama.

Melalui pendedahan portal China Compulsory Certificate atau lebih dikenali sebagai 3C di China, HUAWEI Mate Xs yang menggunakan kod nama TAH-AN00M telah disahkan akan menyokong teknologi pengecasan pantas berwayar 65W. Sokongan output pengecasan maksimum 20V3.25A ini sudah tentunya mampu menjanjikan masa pengecasan lebih pantas berbanding 55W pada Mate X sebelum ini.

Palam kuasa pengecasan pantas 65W daripada HUAWEI yang tertiris sebelum ini.

Selain HUAWEI Mate Xs, teknologi pengecasan pantas 65W ini juga dikhabarkan akan turut diperkenalkan pada siri HUAWEI P40 yang juga dijadualkan akan dilancarkan pada penghujung Mac 2020 nanti.

sumber

Baca juga:

HUAWEI Mate Xs Dengan Sokongan Cipset Kirin 990 5G Akan Ditawarkan Bermula Mac 2020

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend