HUAWEI Mate Xs Akan Mula Dijual Secara Rasmi Di Malaysia Bermula 20 Mac 2020 Comments Off on HUAWEI Mate Xs Akan Mula Dijual Secara Rasmi Di Malaysia Bermula 20 Mac 2020

Baru sahaja dilancarkan secara rasmi semalam, HUAWEI Malaysia hari ini telahpun mengumumkan tarikh jualan rasmi HUAWEI Mate Xs untuk pasaran tempatan yang akan bermula pada 20 Mac 2020 nanti.

Dilengkapi dengan cipset Kirin 990 5G, HUAWEI Mate Xs merupakan telefon pintar dengan rekaan skrin boleh lipat 5G yang pertama akan dijual untuk pasaran tempatan. Walau bagaimanapun, harga jualannya masih lagi belum diumumkan secara buat masa ini.

HUAWEI Mate Xs hadir dengan sokongan skrin OLED boleh lipat dengan saiz maksimum mencecah sehingga 8 inci, dilengkapi RAM sebesar 8GB, storan sebesar 512GB, Dioperasikan oleh EMUI 10 (Android 10) dengan HMS, dan juga bateri berkapasiti 4500mAh dengan teknologi HUAWEI SuperCharge 55W.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend