HUAWEI Mate Xs Akan Dijual Bermula 20 Mac Pada Harga RM11,111 – Hadiah Percuma Bernilai RM978 Comments Off on HUAWEI Mate Xs Akan Dijual Bermula 20 Mac Pada Harga RM11,111 – Hadiah Percuma Bernilai RM978

HUAWEI Malaysia hari ini telah mengumumkan ketersediaan jualan telefon pintar dengan skrin boleh lipat yang pertamanya di negara ini iaitu Mate Xs yang akan bermula pada 20 Mac 2020 (Jumaat).

Ditawarkan pada harga RM11,111 di Malaysia, pembelian HUAWEI Mate Xs pada hari Pelancaran Jualan pada 20 Mac nanti akan turut menerima hadiah percuma berupa FreeBuds 3 bernilai RM679, sarung pelindung kulit bernilai RM299, dan juga Exclusive Partnership Rewards.

HUAWEI Mate Xs dikuasakan dengan Kirin 990 5G, kombinasi memori 8GB + 512GB, paparan skrin boleh lipat sebesar 8 inci, bateri berkapasiti 4500mAh dengan pengecasan pantas 55W, dan juga sokongan kuad kamera Leica beresolusi 40MP + 16MP (Ultra Wide) + 8MP (Telephoto) + ToF.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend