HUAWEI Mate 30 RS Diperkenalkan Dengan Rekaan Menawan Sentuhan PORSCHE DESIGN Comments Off on HUAWEI Mate 30 RS Diperkenalkan Dengan Rekaan Menawan Sentuhan PORSCHE DESIGN 254

HUAWEI tidak ketinggalan untuk memperkenalkan telefon pintar mewah untuk melengkapkan siri HUAWEI Mate 30 hari ini. Mengikut tradisi siri Mate, syarikat ini juga turut membawakan PORSCHE DESIGN HUAWEI Mate 30 RS untuk pasaran global.

Ia merupakan peranti dengan lambang kemewahan dengan sentuhan dari pereka terkenal, PORSCHE DESIGN. Ia dilengkapi paparan Horizon Display yang sama seperti Mate 30 Pro dengan ukuran skrin 6.53-inci Flex OLED 2400 x 1176 piksel.

Bagaimanapun, rekaan ketara berlaku di bahagian belakang peranti ini. Mate 30 RS memiliki modul kamera terbenam di dalam sekeping kaca yang dibentang menegak pada panel belakang. Di tepinya pula disaluti kulit asli bagi memberi pengalaman mewah kepada pengguna. Ia didatangkan dengan dua warna eksklusif Hitam dan Merah.

Baca: HUAWEI Mate 30 Dan Mate 30 Pro Kini Rasmi Dengan Kirin 990 5G, Kamera 40MP RYYB Dan Pengecasan Tanpa Wayar 27W

Daripada segi dalaman, ia diperkasakan cip pemproses Kirin 990 5G, sokongan WiFi 6, dan lain-lain perkakasan yang digunakan Mate 30 Pro. Apa yang membezakan ialah memori Mate 30 RS ini hadir dengan 12GB RAM dan 512GB storan.

Untuk kamera, di belakangnya menawarkan tetapan 40MP + 40MP + 8MP + 3D depth dengan keupayaan zum 3x optikal dan 30x digital. Sementara kamera depan menempatkan 32MP kamera dan 3D Depth Sensing untuk swafoto dan sistem nyahkunci.

Melengkapkan peranti adalah EMUI 10 berasaskan Android 10 serta kapasiti bateri 4500mAh. Ia juga menerima teknologi pengecasan yang sama iaitu HUAWEI SuperCharge 40W disamping pengecasan tanpa wayar 27W.

HUAWEI Mate 30 RS didatangkan dengan aksesori tambahan berupa pemegang tali kulit asli untuk keselesaan apabila menggenggam peranti.

Memandangkan peranti ini adalah varian yang tertinggi dalam barisan siri Mate 30, harganya pula setimpal dengan kemewahan yang diberi. PORSCHE DESIGN HUAWEI Mate 30 RS dijual dengan harga €2,095 (~RM9703). Seperti biasa, harga pasaran di Eropah memang lebih mahal berbanding di negara lain.

Baca juga:

HUAWEI Mate 30 Dan Mate 30 Pro Kini Rasmi Dengan Kirin 990 5G, Kamera 40MP RYYB Dan Pengecasan Tanpa Wayar 27W

HUAWEI Perkenal Pengecas Tanpa Wayar Dalam Kereta 27W Dengan Pemegang Pintar

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend