
Seperti yang dijangka, DxOMark telahpun mendedahkan keputusan prestasi kamera HUAWEI Mate 30 Pro yang baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada minggu lepas. Mencatatkan skor keseluruhan penggambaran mencapai 121 poin, Mate 30 Pro secara tidak langsung telah berjaya mencabar kedudukan Samsung Galaxy Note10+ 5G yang mencatatkan 117 poin.
Jika dilihat pada pecahan skor, Mate 30 Pro memperolehi 131 poin untuk penggambaran statik dan juga 100 poin untuk rakaman video. Manakala untuk prestasi kamera depannya pula, Mate 30 Pro merupakan peranti HUAWEI pertama berjaya melepasi skor mencecah 93 poin, iaitu lebih baik berbanding kamera swafoto pada P30 Pro yang memiliki 89 poin.
Spesifikasi kamera HUAWEI Mate 30 Pro:
- Kuad kamera termasuk sensor ToF
- Lensa utama: 40MP (1/1.7″ sensor, 27mm, f/1.6, PDAF, OIS)
- Lensa kedua: 40MP (1/1.54″ sensor, 18mm, f/1.8, PDAF, Ultra Wide Angle)
- Lensa ketiga: 8MP (1/4″ sensor, 80mm, f/2.4, PDAF, OIS, Telephoto, 3x zum optikal)
- Lensa keempat: ToF 3D Depth Sensing Camera
- Dual LED flash
- 4K, [email protected], [email protected]
Baca juga:
DxOMark Perkenal Skor Tambahan Untuk Mod Malam Dan Sudut Lebar, Skor Rasmi Peranti Turut Dikemaskini
HUAWEI Mate 30 Mungkin Akan Ditawarkan Dalam Varian 128GB Dan 256GB Untuk Pasaran Malaysia?!