HUAWEI Mate 30 Pro 5G Mendominasi Takhta Teratas Dalam Ujian Kamera DxOMark Comments Off on HUAWEI Mate 30 Pro 5G Mendominasi Takhta Teratas Dalam Ujian Kamera DxOMark

Serentak dengan majlis pelancaran global untuk siri HUAWEI Mate 30 pada hujung bulan September 2019 yang lepas, DxOMark telah menobatkan model HUAWEI Mate 30 Pro sebagai telefon pintar dengan sokongan kamera terbaik dengan mencatatkan 121 mata. Namun selepas beberapa bulan, kedudukan tempat pertama itu telah dikongsi dengan model Xiaomi Mi CC9 Pro Premium.

Nampaknya takhta teratas di DxOMark Mobile kini sekali lagi telah dirampas oleh HUAWEI, apabila model Mate 30 Pro 5G telah memperolehi skor tertinggi buat masa ini dengan 123 mata. Dengan perbezaan sebanyak 2 mata berbanding varian 4G, Mate 30 Pro mencatatkan skor 134 mata untuk kamera statik dan 102 mata untuk keupayaan rakaman video.

Mate 30 Pro 5G sebenarnya masih lagi mengekalkan konfigurasi kuad kamera yang sama seperti Mate 30 Pro 4G iaitu 40MP (f/1.6, PDAF, OIS) + 40MP (Ultra Wide, f/1.8, PDAF) + 8MP (Telephoto, f/2.4, PDAF, OIS) + ToF 3D Depth-sensing. Namun model yang hanya dijual untuk pasaran China ini dipercayai berjaya mencatatkan skor lebih tinggi berikutan sokongan perisian dan juga talaan kamera yang sedikit berbeza.

Baca juga:

HUAWEI Mate 30 Pro Berjaya Berada Di Kedudukan Teratas DxOMark Dengan 121 Poin

DxOMark: Xiaomi Mi CC9 Pro Premium Edition Skor Tangga Teratas Dengan 121 Mata

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend