HUAWEI Mate 30 Pro 5G Ditawarkan Di Malaysia Mulai 7 Feb – RM4199 Comments Off on HUAWEI Mate 30 Pro 5G Ditawarkan Di Malaysia Mulai 7 Feb – RM4199

HUAWEI Malaysia hari ini telah mengumumkan ketersediaan peranti 5G untuk pasaran tempatan. Bagi yang sudah lama mengidamkan HUAWEI Mate 30 Pro 5G, anda boleh mendapatkan peranti ini mulai Jumaat ini, 7 Februari 2020.

Telefon berkeupayaan 5G ini ditawarkan pada harga RM4199 seunit dan boleh didapati di semua HUAWEI Experience Store seluruh Malaysia serta malalui telco utama Malaysia seperti Maxis, Celcom, U Mobile, dan Digi (akan datang).

Setiap pembelian HUAWEI Mate 30 Pro 5G didatangkan dengan hadiah eksklusif bernilai RM537, termasuk pengecas dalam kereta HUAWEI Wireless In-Car SuperCharge dan waranti tambahan 1-tahun HUAWEI care.

Atas kertas, HUAWEI Mate 30 Pro 5G dikuasakan cipset Kirin 990 dengan modem 5G terbina. Disamping berupaya menawarkan liputan 5G yang stabil dan pantas apabila dilancarkan di Malaysia kelak, peranti ini juga menyertakan kamera belakang yang berprestasi tinggi.

Rupa luaran, HUAWEI Mate 30 Pro 5G hadir dengan panel belakang berasaskan material kulit sintetik berwarna jingga dinamakan Vegan Leather Orange. Semakan di laman sesawang HUAWEI, tiada warna Vegan Leather Green dibawa masuk.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend