HUAWEI Mate 30 Mungkin Akan Ditawarkan Dalam Varian 128GB Dan 256GB Untuk Pasaran Malaysia?! Comments Off on HUAWEI Mate 30 Mungkin Akan Ditawarkan Dalam Varian 128GB Dan 256GB Untuk Pasaran Malaysia?! 333

Siri Mate 30 baru sahaja dilancarkan secara rasmi untuk pasaran global pada minggu lepas di Munich, Jerman, dengan penawaran lima model berbeza iaitu Mate 30, Mate 30 Pro, Mate 30 5G, Mate 30 Pro 5G dan juga Mate 30 RS. Sewaktu dilancarkan secara rasmi, HUAWEI telah mendedahkan bahawa Mate 30 akan hadir dalam satu varian sahaja iaitu 8GB + 128GB.

Walau bagaimanapun berdasarkan penemuan kami melalui laman rasmi HUAWEI Malaysia, pengguna di negara ini berkemungkinan besar akan menerima dua varian berbeza untuk HUAWEI Mate 30 iaitu 8GB + 128GB dan juga 8GB + 256GB. Maklumat ini berjaya didedahkan melalui laman ‘Register Your Interest’ untuk siri Mate 30 di negara ini.

HUAWEI Mate 30 sebelum ini hanya dilancarkan dalam varian 8GB + 128GB sahaja.

Melalui laman itu juga HUAWEI Malaysia juga telah mengesahkan akan membawa masuk model Mate 30 4G dan juga Mate 30 Pro 4G untuk pasaran tempatan. Malah kedua-dua model ini juga dipercayai akan ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Space Silver dan juga Black.

Pembukaan kempen ‘Register Your Interest’ untuk siri Mate 30 ini juga secara tidak langsung memberi petanda awal pelancaran peranti ini di Malaysia. Bagi yang berminat untuk menjadi yang terawal menerima pemberitahuan tentang ketersediaan siri Mate 30 di negara ini, anda boleh mendaftar di https://consumer.huawei.com/my/campaign/mate-30-register/

Baca juga:

HUAWEI Mate 30 Dan Mate 30 Pro Kini Rasmi Dengan Kirin 990 5G, Kamera 40MP RYYB Dan Pengecasan Tanpa Wayar 27W

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend