Huawei Mate 30 Dengan Dwi Paparan Membolehkan Swafoto Diambil Menggunakan Kamera Belakang Comments Off on Huawei Mate 30 Dengan Dwi Paparan Membolehkan Swafoto Diambil Menggunakan Kamera Belakang

Siri Huawei P30 telah dilancarkan di Malaysia pada awal bulan ini dan ia merupakan telefon pintar sulung dari Huawei dan yang pertama di dunia yang menawarkan kamera jenis periskop. Ciri yang disertakan pada model tahun ini juga jauh berbeza berbanding model sebelumnya. Ini kerana Huawei sering melakukan perubahan maksimal pada reka bentuk peranti mercu mereka setiap tahun.

Setelah selamat melancarkan peranti mercu pertama, Huawei juga dijadualkan akan melancarkan peranti mercu kedua iaitu barisan Huawei Mate 30 pada separuh kedua tahun ini sekitar bulan Oktober kelak.

Terkini, ada pihak mendakwa syarikat gergasi China ini bakal memperkenalkan rekaan dwi paparan pada peranti siri Mate akan datang (kemungkinan versi Pro) . Melalui teknologi dwi paparan, besar kemungkinan kamera belakang boleh digunakan untuk mengambil gambar swafoto.

Maklumat ini turut dibuktikan dalam lukisan AutoCAD yang mula tertiris sejak semalam. Walaupun bukan datang dari Huawei sendiri, apa yang ditunjukkan melalui lukisan ini, ia tidak mustahil untuk dilakukan memandangkan Vivo juga telah berjaya menghasilkan peranti sebegini menerusi model Vivo NEX Dual Display.

Jadi, minatkah anda dengan reka bentuk terbaru ini? Atau anda lebih gemarkan peranti dengan satu skrin atau yang boleh lipat?

Baca juga:

Nikmati Diskaun Sehingga 80% Sempena Ulang Tahun Ke-5 ‘Huawei Online Official Store’ – 22 Hingga 12 Mei 2019

Ketirisan Paten Sarung Pelindung Huawei Mate 30 Pro Memberi Klu Sokongan Lima Kamera

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend