HUAWEI Mate 30 Dan Mate 30 Pro Akan Dijual Pada Harga RM2799 Dan RM3899 Comments Off on HUAWEI Mate 30 Dan Mate 30 Pro Akan Dijual Pada Harga RM2799 Dan RM3899 392

Baru sahaja dilancarkan secara rasmi di Munich, Jerman, pada September lepas, hari ini HUAWEI Malaysia telah melancarkan kedua-dua model Mate 30 dan Mate 30 Pro untuk pasaran tempatan.


Menariknya HUAWEI Mate 30 Pro (8GB + 256GB) akan ditawarkan secara eksklusif untuk pengguna setia siri HUAWEI Mate yang sebelum ini memilikinya melalui ‘Exclusive Ownership Campaign’ bermula 2pm pada 3 Oktober 2019.

Sebagai sebahagian daripada ‘Exclusive Ownership Campaign’ untuk HUAWEI Mate 30 Pro, pembeli terawal akan turut menerima hadiah eksklusif bernilai RM1155, ini termasuklah HUAWEI Wireless In-car SuperCharge (RM289), DJI Osmo Mobile 3 (RM499), HUAWEI Back Casing (RM68), dan HUAWEI Care (RM299) yang menawarkan jaminan waranti 1 tahun tambahan serta 6 bulan waranti skrin retak.

Pemilik siri HUAWEI Mate yang memilikinya melalui program ‘Exclusive Ownership Campaign’ kini boleh memeriksa kelayakan untuk memiliki HUAWEI Mate 30 Pro pada 3 Oktober 2019 melalui https://mate30proeoc.3ex.com.my/

HUAWEI Mate 30 dan Mate 30 Pro akan tersedia dalam dua warna pilihan iaitu Space Silver atau Black. Mate 30 (8GB + 128GB) dijual pada harga RM2799, manakala Mate 30 Pro (8GB + 256GB) ditawarkan pada harga RM3899.

Spesifikasi HUAWEI Mate 30 dan Mate 30 Pro:

  • EMUI 10 (Android 10)
  • Kirin 990
  • 8GB + 128GB (Mate 30) / 8GB + 256GB (Mate 30 Pro)
  • 6.62″ OLED 2340 x 1080 piksel (Mate 30) / 6.53″ OLED 2400 x 1176 piksel (Mate 30 Pro)
  • Kamera utama: 40MP + 16MP + 8MP (Mate 30) / 40MP + 40MP +8MP + 3D Depth Sensing (Mate 30 Pro)
  • Kamera depan: 24MP (Mate 30) / 32MP (Mate 30 Pro)
  • 4200mAh (Mate 30) / 4500mAh (Mate 30 Pro)
  • HUAWEI SuperCharge 40W
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend