Huawei Mate 20 X Versi 5G Dipercayai Akan Dilancarkan Sekitar Suku Kedua Tahun 2019 Comments Off on Huawei Mate 20 X Versi 5G Dipercayai Akan Dilancarkan Sekitar Suku Kedua Tahun 2019

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Huawei telahpun merancang untuk menjual Huawei Mate X dengan sokongan rangkaian 5G bermula Julai 2019 nanti. Berdasarkan pendedahan terbaru yang didedahkan oleh China Unicom selaku pembekal telekomunikasi di China, Huawei Mate 20 X versi 5G bakal menjadi telefon pintar 5G pertama yang akan ditawarkan oleh Huawei di pasaran.

Berita ini telah disahkan melalui perkongsian slideshow garis masa penawaran peranti 5G daripada Huawei, yang  mana memperlihatkan ketersediaan Mate 20 X 5G sekitar suku kedua tahun ini, iaitu selewat-lewatnya bulan Jun nanti. Manakala telefon pintar dengan skrin boleh lipat pertama daripada Huawei iaitu Mate X dengan sokongan 5G akan ditawarkan bermula Julai 2019.

Ketersediaan Mate 20 X 5G ini mungkin ada kebenarannya memandangkan Huawei bakal melancarkan siri baharu Huawei Mate 30 menjelang suku keempat tahun ini iaitu sekitar bulan Oktober 2019 nanti.

Baca juga:

Imej Sebenar Huawei Mate 20 X Versi 5G Dengan Sokongan SuperCharge 40W Didedahkan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend