Huawei Mate 20 X Kini Mula Ditawarkan Pada Harga RM2,899 – Percuma Hadiah Bernilai RM286 Comments Off on Huawei Mate 20 X Kini Mula Ditawarkan Pada Harga RM2,899 – Percuma Hadiah Bernilai RM286

Jika sebelum ini Huawei terlebih dahulu telah mengumumkan penurunan harga untuk model Huawei Mate 20 dan juga Mate 20 Pro yang masing-masing dijual pada harga RM2,399 dan RM2,999. Nampaknya hari ini Huawei Malaysia telah mengumumkan satu lagi khabar baik untuk anda yang bercadang untuk memiliki Huawei Mate 20 X.

Huawei Mate 20 X telah diturunkan harga sebanyak RM300, sekaligus menjadikan harga jualan rasminya kini hanya RM2,899 berbanding harga asalnya sebelum ini iaitu RM3,199. Tidak cukup dengan itu, setiap pembelian peranti ini di laman rasmi Huawei akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM286 iaitu berupa flip cover (RM128) dan juga M-Pen (RM158).

Spesifikasi asas Huawei Mate 20 X:

  • EMUI 9.0 (Android 9.0 Pie)
  • Kirin 980 (2x Cortex A76 2.6GHz + 2x Cortex A76 1.92GHz + 4x Cortex A55 1.8GHz)
  • 6GB RAM + 128GB
  • kad memori NM sehingga 256GB
  • 7.2 inci OLED, FHD+ (2244 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 40MP + 20MP + 8MP
  • Kamera depan: 24MP
  • 5000 mAh (22.5W atau 5V4.5A)
  • 174.6 x 85.4 x 8.15mm / 232g
  • IP53
  • Pilihan warna: Midnight Blue dan Phantom Silver

→ Beli Huawei Mate 20 X (RM3,199 RM2,899) → https://shop.huawei.com/my/

Baca juga:

Huawei Mate 20 Pro Boleh Dimiliki Pada Harga RM2,999 Bermula 1 Mac 2019

Huawei Mate 20 Dan Huawei Nova 3i Kini Dijual Pada Harga RM2,399 Dan RM999 Bermula 21 Januari 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend