Huawei Mate 20 X Dilancarkan Dengan Skrin 7.2″, Bateri 5000 mAh Dan Sistem Penyejukan Vapor Chamber Comments Off on Huawei Mate 20 X Dilancarkan Dengan Skrin 7.2″, Bateri 5000 mAh Dan Sistem Penyejukan Vapor Chamber

Pelancaran siri Mate pada tahun ini ternyata lebih istimewa berbanding sebelum ini kerana Huawei telah memperkenalkan satu lagi model baharu yang memfokuskan kepada aspek produktiviti dengan kemunculan Huawei Mate 20 X. Namun dengan sokongan spesifikasi yang ditawarkan, Mate 20 X sememangnya layak dikategorikan sebagai sebuah peranti gaming.

Dengan rekaan skrin penuh dengan rekaan takuk kecil mirip seperti titisan air, Mate 20 X menyokong skrin OLED berukuran 7.2 inci FHD+ (2244 x 1080 piksel) dengan gamut warna DCI-P3. Mungkin Mate 20 X tidak menyokong fungsi 3D Face Unlock ataupun paparan 2K+ sebagaimana Mate 20 Pro, tetapi pada pendapat kami ia menjanjikan sokongan spesifikasi yang lebih baik secara keseluruhannya.

Ini kerana ia masih mengekalkan sokongan pemproses Kirin 980 dengan keupayaan penggambaran tiga lensa daripada LEICA, sama seperti Mate 20 Pro. Bahkan ia menjanjikan ketahanan bateri yang lebih baik dengan kapasiti bateri mencecah 5000 mAh yang dibantu pula oleh sistem penyejukan Vapor Chamber dengan kombinasi teknologi Graphene film cooling, bagi mengelakkan isu kepanasan.

Dilengkapi dengan ciri kalis percikan air IP53, Mate 20 X turut menyokong stylus khas yang dikenali sebagai M-Pen, dan juga aksesori gaming mirip seperti Nintendo Switch bagi memastikan pengalaman bermain yang terbaik. Huawei Mate 20 X akan ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Phantom Silver dan Midnight Blue.

Spesifikasi Huawei Mate 20 X:

  • EMUI 9.0 (Android 9.0 Pie)
  • Kirin 980 (7nm) dengan dwi NPU
  • Rekaan takuk kecil mirip seperti titisan air
  • 7.2 inci OLED FHD+ (2244 x 1080 piksel)
  • 5000 mAh
  • Kamera utama: 40MP (f/2.2) + 20MP (f/1.8) + 8MP (f/2.4) dengan 3x zum optikal
  • Kamera hadapan: 24MP (f/2.0)
  • IP53
  • Pengimbas cap jari pada panel belakang
  • Teknologi penyejukan Vapor Chamber + Graphene Film Cooling
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend