HUAWEI Mate 20 X Catat Skor 111 Mata Untuk Ujian DxOMark Camera, Berada Kelompok 20 Teratas Comments Off on HUAWEI Mate 20 X Catat Skor 111 Mata Untuk Ujian DxOMark Camera, Berada Kelompok 20 Teratas

Setelah sekian lama dilancarkan secara rasmi di pasaran, akhirnya DxOMark baru-baru ini telah mula mendedahkan skor yang berjaya diperolehi oleh HUAWEI Mate 20 X untuk keupayaan prestasi tiga kamera utamanya.

Berdasarkan hasil ujian yang dibuat, Mate 20 X berjaya berada di kedudukan ke-16 dalam senarai DxOMark Camera dengan memperolehi skor sebanyak 111 mata.

Skor yang berjaya diperolehi ini meletakkan HUAWEI Mate 20 X di bawah Mate 20 Pro dan juga Google Pixel 4 yang memiliki kelebihan skor sebanyak 1 mata. Namun skor Mate 20 X sedikit lebih baik berbanding Xiaomi Mi 9 dan juga Apple iPhone 11.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, HUAWEI Mate 20 X sebenarnya memiliki konfigurasi tiga kamera yang sama seperti model Mate 20 Pro iaitu terdiri daripada lensa 40MP (Quad-Bayer Sensor, f/1.7) + 20MP (Ultra Wide, f/2.2) + 8MP (Telephoto, 3x optical zoom, f/2.4).

Namun begitu, Mate 20 X dilihat mencatatkan skor kamera statik yang sedikit lebih rendah berbanding Mate 20 Pro. Ini berkemungkinan besar disebabkan oleh talaan perisian yang sedikit berbeza pada kedua-dua model ini.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend