Huawei Mate 20 X (5G) Mula Terjah Pasaran United Kingdom Hujung Mei Ini Comments Off on Huawei Mate 20 X (5G) Mula Terjah Pasaran United Kingdom Hujung Mei Ini 433

Huawei telah mengumumkan Mate 20 X (5G) untuk beberapa pasaran Eropah bermula suku kedua tahun ini. Ternyata apa yang dirancang pihak Huawei berjalan dengan lancar apabila telefon pintar tersebut sudah mula dijual di Switzerland pada 2 Mei yang lalu.

Terkini, Mate 20 X (5G) dilaporkan telah mula diumumkan untuk pengguna di United Kingdom dan harga yang ditawarkan pula lebih mahal berbanding harga jualannya di Switzerland. Pra-tempahan akan dibuka hujung bulan ini dengan satu pilihan warna sahaja iaitu Emerald Green melalui penyedia mudah alih EE, O2, Three, Vodafone, serta penjual seperti SKY, MPD, dan A1.

Huawei Mate 20 X (5G) dilengkapi cip modem Balong 5000 di atas cipset Kirin 980. Ia dijana bateri yang lebih kecil berbanding versi 4G dengan kapasiti hanya sebesar 4,200mAh tetapi menyokong pengecasan pantas 40W. Selain daripada itu, ia berkongsi spesifikasi yang sama seperti paparan skrin, kamera, dan sudah pastinya rekaan.

Di Malaysia versi 5G masih belum diumumkan lagi memandangkan kita masih belum ada infrastruktur yang menyokong rangkaian tersebut.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend