Huawei Mate 20 X 5G Merupakan Satu-Satunya Telefon Pintar Dwi SIM Dengan Sokongan 5G Buat Masa Ini Comments Off on Huawei Mate 20 X 5G Merupakan Satu-Satunya Telefon Pintar Dwi SIM Dengan Sokongan 5G Buat Masa Ini 232

Kemunculan Huawei Mate 20 X 5G bukanlah sesuatu yang baru kerana peranti ini sudahpun mula dijual secara rasmi untuk pasaran terpilih seperti di Switzerland dan UK, sebagai peranti 5G terawal menembusi pasaran. Apa yang menariknya, China juga kini dilaporkan sedang bersiap sedia untuk melancarkan peranti 5G pertama mereka tidak lama lagi.

Perkara ini telah disahkan lagi selepas Huawei Mate 20 X 5G sudahpun berjaya melepasi piawaian TENAA di China, bahkan sebelum ini juga ZTE turut mengesahkan bahawa Axon 10 Pro 5G juga akan diperkenalkan untuk pasaran di China pada Julai 2019. Namun apa yang membezakan antara Mate 20 X 5G berbanding peranti 5G lain di pasaran, ia merupakan satu-satunya model yang hadir dengan sokongan dwi SIM yang mampu menyokong sambungan 5G.

Melalui imej acah terbaru yang telah dikongsikan, Huawei Mate 20 X 5G berupaya menyokong dwi kad SIM dengan rangkaian 5G SA (Standalone) dan juga NSA (Non-Standalone), yang mana membolehkannya disambungkan ke rangkaian 5G atau 4G tanpa masalah. Namun begitu, tiada maklumat lanjut berhubung harga dan juga tarikh jualan Huawei Mate 20 X 5G di China buat masa ini.

Baca juga:

5000 Unit Huawei Mate 20 X 5G Telah Dibeli Oleh Telco China Mobile Untuk Ujian Rangkaian 5G

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend