Huawei Mate 20 Pro Mencatatkan Skor 109 Dalam Ujian Prestasi Kamera DxOMark Comments Off on Huawei Mate 20 Pro Mencatatkan Skor 109 Dalam Ujian Prestasi Kamera DxOMark 491

Setelah sekian lama menanti, kini akhirnya skor ujian prestasi kamera untuk peranti terbaik keluaran Huawei iaitu Huawei Mate 20 Pro telahpun terjawab selepas DxOMark mula mendedahkannya keputusan yang diperolehi oleh peranti mercu dengan tiga kamera LEICA itu.

Sebagaimana yang boleh dijangka, Huawei Mate 20 Pro telah berjaya mencatatkan skor yang tinggi iaitu sebanyak 109 poin, tetapi apa yang mengejutkan adalah keputusan yang diperolehinya adalah sama seperti skor yang dicatatkan oleh Huawei P20 Pro. Bahkan skor yang dicatatkan untuk gambar statik juga adalah sama iaitu sebanyak 114 poin.

Namun jika dilihat dengan lebih teliti, Huawei Mate 20 Pro memiliki sedikit kelebihan dari segi pendedahan cahaya, warna, kepantasan auto fokus, tekstur dan juga noise. Manakala untuk prestasi video pula, skor yang dicatatkan oleh Mate 20 Pro kurang satu mata berbanding P20 Pro dengan keupayaan pendedahan cahaya, warna dan juga efek artifak yang sedikit lebih baik.

Huawei Mate 20 Pro
Huawei P20 Pro

Tetapi jika dilihat pada sistem tiga kamera yang disokong oleh Huawei Mate 20 Pro berbanding Huawei P20 Pro, sistem tiga kamera LEICA dengan sokongan mod penggambaran yang sangat luas ternyata jauh lebih praktikal dalam penggunaan seharian berbanding lensa monokrom yang disokong oleh P20 Pro.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend