Huawei Mate 20 Pro Dipercayai Akan Diperkenalkan Dalam Dua Warna Baharu, Comet Blue Dan Fragrant Red Comments Off on Huawei Mate 20 Pro Dipercayai Akan Diperkenalkan Dalam Dua Warna Baharu, Comet Blue Dan Fragrant Red

Sempena meraikan kejayaan Huawei dengan mencatatkan penjualan lebih daripada 200 juta unit telefon pintarnya untuk pasaran global pada 25 Disember yang lepas, satu edisi istimewa Huawei Mate 20 Pro telah diperkenalkan dengan menerima sentuhan cetakan khas dalam warna emas.

Pendedahan warna baharu ini telah berjaya diperolehi melalui perkongsian di Weibo.

Melalui perkongsian di laman Weibo, Huawei telah dikhabarkan akan tampil dengan dua lagi warna baharu untuk model Huawei Mate 20 Pro iaitu warna Comet Blue dan juga Fragrant Red. Sungguhpun begitu, buat masa ini tiada sebarang maklumat berjaya diperolehi tentang ketersediaan dua warna baharu itu di pasaran.

Setakat ini hanya Huawei Mate 20 Pro dalam warna Fragrant Red sahaja berjaya didedahkan.

Walau bagaimanapun dari segi sokongan spesifikasi, kedua-dua warna baharu itu masih lagi tampil sama iaitu dikuasakan dengan pemproses Kirin 980, skrin 6.39 inci AMOLED QHD+, 8GB RAM + 128GB, tiga kamera LEICA beresolusi 40MP + 20MP + 8MP, kamera swafoto 24MP, dan juga bateri 4200 mAh dengan pengecasan pantas 40W.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend