Huawei Mate 20 Pro Boleh Dimiliki Pada Harga RM2,999 Bermula 1 Mac 2019 0 343

Bermula 1 Mac 2019, Huawei Malaysia akan menurunkan harga sebanyak RM600 untuk model Huawei Mate 20 Pro (6GB + 128GB), sekaligus menjadikan harga jualan rasminya hanya RM2,999 berbanding harga asalnya iaitu RM3,599. Bermula daripada tarikh tersebut, setiap pembelian Huawei Mate 20 Pro tidak lagi akan disertakan dengan pengecas tanpa wayar dalam pakej pembeliannya.

Tersedia dalam tiga warna pilihan iaitu Emerald Green, Twillight dan juga Black, Huawei Mate 20 Pro dengan harga baharu ini boleh dimiliki secara dalam talian ataupun kedai fizikal Huawei di seluruh negara.

Dilancarkan secara rasmi pada Oktober 2018 yang lalu, Huawei Mate 20 Pro boleh dianggap salah satu daripada telefon pintar mercu terbaik yang boleh anda miliki di pasaran. Bahkan Huawei Mate 20 Pro ini juga telah diiktiraf sebagai ‘Telefon Pintar Terbaik’ di dalam acara MWC 2019 berikutan sokongan spesifikasi yang lengkap yang ditawarkannya.

Baca juga:

Huawei Mate 20 Pro Dinobatkan Sebagai Pemenang Untuk Anugerah ‘Telefon Pintar Terbaik’ Di MWC 2019

Huawei Mate 20 Pro – Android Paling Lengkap Setakat Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend