Huawei Mate 20 & Mate 20 Pro: Lima Perbezaan Yang Diketahui Setakat Ini… Comments Off on Huawei Mate 20 & Mate 20 Pro: Lima Perbezaan Yang Diketahui Setakat Ini…

Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro telah dijadualkan untuk dilancarkan secara rasmi pada minggu hadapan, serentak dengan kemunculan satu lagi model yang memfokuskan aspek gaming iaitu Mate 20X. Apa yang menariknya, hasil daripada pendedahan terbaharu yang telah dikongsikan oleh Roland Quandt di Twitter, beberapa perbezaan antara Mate 20 dan Mate 20 Pro telah berjaya dirungkaikan seperti berikut:

1. Susunan tiga kamera dan LED flash

Berdasarkan pendedahan imej Mate 20 dan Mate 20 Pro yang terkini, jelas dapat dilihat bahawa kedua-dua model ini hadir dengan sokongan tiga kamera. Namun begitu susunan tiga kamera dan LED flash pada kedua-dua model ini bukan sahaja kelihatan berbeza, tetapi rekaan tapak kamera pada Mate 20 Pro juga kelihatan sedikit lebih besar berbanding Mate 20.

2. Teknologi pengimbas cap jari

Mate 20 jelas memperlihatkan sokongan teknologi pengimbas cap jari yang lebih standard melalui penyediaan sensor yang ditempatkan pada panel belakang di bawah kamera. Manakala Mate 20 Pro pula telah dilaporkan sebelum ini akan menyokong teknologi pengimbas cap jari yang lebih moden iaitu terletak di bawah paparan skrin atau lebih dikenali sebagai in-display fingerprint’.

3. Sokongan bicu audio 3.5mm

Walaupun masih belum dapat disahkan secara rasmi, Huawei Mate 20 dipercayai akan menyokong bicu audio 3.5mm dan ciri ini tidak akan disokong oleh Mate 20 Pro. Ini kerana berdasarkan kepada sarung pelindung TPU jernih original yang dipasang pada Mate 20, ia jelas memperlihatkan potongan yang agak besar yang dipercayai merupakan bicu audio 3.5mm.

4. Aperture f/1.8 dan f/2.4

Melalui imej yang dikongsikan itu juga, Mate 20 dan Mate 20 Pro telah disahkan akan menyokong aperture f/1.8 untuk lensa utamanya dan juga aperture f/2.4 untuk lensa telefoto. Sebagai rujukan, Huawei P20 Pro sebelum ini tampil dengan sokongan aperture f/1.6 dan f/2.4.

5. Zum optikal sehingga 5x

Mate 20 menyokong focal length 17-52 ASPH dan Mate 20 Pro pula menyokong focal length yang lebih baik iaitu 16-80 ASPH. Konfigurasi lensa sebegini membolehkan kedua-dua model ini untuk mendapatkan hasil gambar dengan sudut penggambaran yang lebih luas berbanding Huawei P20 Pro yang menyokong focal length 27-80 ASPH. Lebih istimewanya, Mate 20 Pro bakal dilengkapi dengan fungsi zum optikal yang jauh lebih hebat iaitu 5x berbanding Mate 20 hanya 2x.

 

Miliki peranti flagship daripada Huawei :

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend