Huawei Mate 20 Dengan Pemproses HiSilicon Kirin 980 Mendahului Takhta AnTuTu Comments Off on Huawei Mate 20 Dengan Pemproses HiSilicon Kirin 980 Mendahului Takhta AnTuTu

Kemunculan siri Huawei P20 lebih memfokuskan kepada aspek penggambaran kerana dari segi prestasi ia tidak begitu menyerlah kerana masih menggunakan pemproses HiSilicon Kirin 970 yang sama digunakan pada Huawei Mate 10 dan Mate 10 Pro.

Walaupun Huawei Mate 20 sepatutnya dilancarkan pada Oktober 2018 ini, pangkalan data benchmark sintetik popular AnTuTu telah berjaya mendedahkan keupayaan prestasi model flagship dari Huawei ini. Melalui keputusan benchmark yang diperolehi, Huawei Mate 20 berjaya mendahului takhta AnTuTu dengan skor mencecah sehingga 356,918 dan jauh meninggalkan pesaingnya yang lain.

Berdasarkan kepada keputusan ini, Huawei Mate 20 diyakini akan dikuasakan dengan pemproses terbaru dari Huawei iaitu HiSilicon Kirin 980. Malah ada khabar angin yang mengatakan bahawa pemproses ini menggunakan proses 7 nm dengan empat teras Cortex-A75. Ia juga dipercayai menyokong NPU (Neural Processing Unit) generasi kedua yang mampu menyokong tugasan AI yang lebih efisien.

Sumber : GSMArena

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend