Huawei Mate 20 Dan Mate 20 Pro Disahkan Sudah Siap Tersedia Dengan Ciri Google ARCore 0 463

Google baru-baru ini telah mengumumkan ketersediaan kemas kini baharu ARCore yang digunakan sebagai platform untuk membangunkan aplikasi Realiti Tambahan (AR) untuk beberapa model telefon pintar Android dan juga peranti Apple. Ini secara tidak langsung membolehkan pengguna menyelitkan kandungan animasi 3D pada kamera.

Apa yang menariknya, menurut penemuan oleh AndroidPolice, sekurang-kurangnya empat telefon pintar Android menyokong ARCore keluar daripada kotak. Ini termasuklah model yang baru sahaja dilancarkan secara rasmi di Malaysia iaitu Huawei Mate 20 dan juga Mate 20 Pro. Selain itu, ia juga turut tersedia untuk Google Pixel 3 dan juga Pixel 3 XL.

*Anda boleh melihat fungsi rakaman video AR pada saat ke-15 di dalam video.

Manakala kemas kini ARCore ini turut menyokong LG G7 One, Nokia 7.1, Vivo X23, LG V40 dan juga Huawei Y9 2019. Buat pertama kalinya ia juga turut diperkenalkan pada Apple iPad 9.7, iPad Pro 10.5 inci, iPhone XS dan XS Max.

Miliki siri Huawei Mate 20 anda hari ini:

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend