Huawei Mate 20 Boleh Dimiliki Pada Harga Hanya RM1 Dengan Pelan MaxisONE Plan 188 Comments Off on Huawei Mate 20 Boleh Dimiliki Pada Harga Hanya RM1 Dengan Pelan MaxisONE Plan 188

Huawei Malaysia baru sahaja mengumumkan penurunan harga sebanyak RM400 untuk model Huawei Mate 20 yang kini dijual pada harga RM2,399. Kini melalui pelan pasbayar terbaru yang ditawarkan oleh Maxis, anda berupaya memiliki Huawei Mate 20 dengan bayaran hanya RM1 sahaja.

Untuk mendapatkan tawaran harga tersebut, anda perlu membuat langganan pakej MaxisONE Plan 188 dengan kontrak selama 24 bulan dengan komitmen bulanan sebanyak RM188. Selain itu, anda juga diwajibkan membuat langganan MaxisONE Share Line iaitu talian pascabayar kedua dengan komitmen bulanan sebanyak RM48.

Langganan MaxisONE Plan 188 akan menawarkan kuota data Internet sebanyak 60GB, panggilan serta SMS tanpa had, dan juga keupayaan untuk berkongsi data sehingga ke empat talian yang lain.

Setiap pembelian Huawei Mate 20 di Maxis juga akan turut menerima Huawei Soundstone (CM51) bernilai RM218 secara percuma. Sekiranya anda berminat untuk memiliki Huawei Mate 20 pada harga hanya RM1, sila layari https://www.maxis.com.my.

Baca juga:

Huawei Mate 20 Dan Huawei Nova 3i Kini Dijual Pada Harga RM2,399 Dan RM999 Bermula 21 Januari 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend