HUAWEI Mate 20 Berharga RM1,212 Antara Peranti Dengan Diskaun Sempena ‘HUAWEI 12.12’ Comments Off on HUAWEI Mate 20 Berharga RM1,212 Antara Peranti Dengan Diskaun Sempena ‘HUAWEI 12.12’

Bersempena meraikan musim perayaan dan juga promosi ‘HUAWEI 12.12’, anda kini boleh memiliki lima peranti keluaran HUAWEI pada harga diskaun sehingga RM887. Untuk menikmati harga promosi untuk tempoh satu hari ini, anda boleh mengunjungi laman rasmi HUAWEI Online Official Store pada 12 Disember 2019, jam 12 tengah malam.

Senarai peranti HUAWEI dengan diskaun pada 12 Disember:

Baucar RM200 untuk pembelian peranti terpilih:

Selain tawaran harga diskaun untuk lima peranti terpilih, HUAWEI Malaysia turut menawarkan baucar bernilai RM200 (kuantiti terhad) yang boleh diperolehi bermula 5 hingga 11 Disember 2019. Baucar yang telah diperolehi boleh ditebus pada 12 Disember 2019 untuk membuat pembelian peranti HUAWEI terpilih seperti siri HUAWEIP30, Nova5T, MediaPad M5 Lite dan juga HUAWEI Nova 4e.

Hadiah percuma dengan setiap pembelian peranti terpilih:

Bagi memastikan pembelian yang lebih berbaloi, anda juga boleh mendapatkan hadiah percuma untuk pembelian model HUAWEI terpilih pada 12 Disember 2019, bermula jam 12 tengah malam. Peranti yang ditawarkan dengan hadiah percuma ini adalah HUAWEI Y9 Prime 2019 (hadiah bernilai RM227), HUAWEI P30 Pro 8GB + 512GB (hadiah bernilai 799), HUAWEI MateBook 13″ i7 (hadiah bernilai RM857), dan HUAWEI WiFi Q2 Pro Router (hadiah bernilai RM169).

Jualan kilat dengan belian RM12:

Apa yang lebih menariknya, HUAWEI turut mengadakan jualan kilat pada 12 Disember bermula jam 12 tengah malam dengan menawarkan pelbagai produk hebat pada harga hanya RM12 untuk unit yang sangat terhad. Ini termasuklah HUAWEI P30 Pro (8GB + 512GB), HUAWEI Backup Storage (1TB), HUAWEI FreeBuds Lite, HUAWEI Mate20 Pro Flip Cover, HUAWEI CP60 Wireless Charger, HUAWEI AP31 QuickCharge Car Charger dan banyak lagi.

Baca juga:

HUAWEI Malaysia Tawar Pakej Ansuran Harian Bermula RM8.97 Sehari – HUAWEI Together 2020

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend