Huawei Mate 10 Kini Boleh Dimiliki Pada Harga Hanya RM1,998 Comments Off on Huawei Mate 10 Kini Boleh Dimiliki Pada Harga Hanya RM1,998

Huawei Mate 10 baru sahaja mula dijual dalam pasaran tempatan pada 28 Oktober 2017 yang lalu dengan tanda harga RM2,699. Malah sempena menyambut perayaan Tahun Baru Cina yang lepas, Huawei Malaysia telah bermurah hati untuk menurunkan harga jualan model ini sebanyak RM400 kepada RM2,299 sahaja.

Huawei Mate 10 sememangnya mendapat perhatian pengguna di negara ini apabila sebanyak 10,000 unit habis terjual pada sesi pra-tempah. Kini tidak sampai lima bulan ia berada di pasaran, pengguna sudah boleh memiliki Huawei Mate 10 dengan harga serendah RM1,998 di Lazada.

Harga jualan Huawei Mate 10 ini agak mengejutkan kerana ia telah mengalami penurunan yang agak drastik iaitu sebanyak RM701 dalam tempoh yang singkat. Jadi ini merupakan peluang yang terbaik bagi anda yang sedang mencari peranti berkuasa pada harga yang sangat berbaloi untuk dimiliki.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend