Huawei Mate 10 Dan Mate 10 Pro Akan Menyokong Fungsi Penstabilan AI Sama Seperti Siri P20 Melalui Kemas Kini Terbaru Comments Off on Huawei Mate 10 Dan Mate 10 Pro Akan Menyokong Fungsi Penstabilan AI Sama Seperti Siri P20 Melalui Kemas Kini Terbaru

Apabila Huawei memperkenalkan siri P20 di pasaran, fokus paling utama yang dapat dilihat pada P20 dan P20 Pro adalah keupayaan penggambarannya. Sokongan fungsi Penstabilan AI (AI Stabilization) membolehkan siri P20 mengambil gambar di dalam persekitaran gelap menggunakan kaedah long exposure tanpa memerlukan bantuan tripod.

Sokongan fungsi Penstabilan AI membolehkan mod penggambaran ‘long exposure’ diambil tanpa perlu menggunakan tripod.

Nampaknya tidak lama lagi pemilik model Huawei Mate 10 dan Mate 10 Pro juga akan turut menerima fungsi yang sama melalui penyediaan kemas kini terbaru. Menurut maklumat yang diterima, kemas kini yang akan menampilkan sokongan fungsi Penstabilan AI ini akan bermula pada 31 Mei 2018 secara berperingkat-peringkat.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend