Huawei Malaysia Umum Tarikh Ketersediaan Kemas Kini Rasmi EMUI 9.0 Untuk Kesemua Modelnya Yang Terpilih Comments Off on Huawei Malaysia Umum Tarikh Ketersediaan Kemas Kini Rasmi EMUI 9.0 Untuk Kesemua Modelnya Yang Terpilih

Sebagaimana yang pernah kami kongsikan sebelum ini, pemilik peranti terpilih Huawei iaitu siri Huawei Mate 10 dan juga siri Huawei P20 di negara ini telahpun mula menerima kemas kini rasmi EMUI 9.0 (berasaskan Android 9.0 Pie) bermula 18 Disember yang lalu. Nampaknya baru-baru ini Huawei Malaysia telah mengumumkan senarai penuh model keluarannya yang bakal menyokong kemas kini rasmi EMUI 9.0.

Berdasarkan perkongsian di Facebook Huawei Malaysia, berikut adalah tarikh ketersediaan kemas kini rasmi EMUI 9.0 untuk kesemua modelnya yang terpilih:

  • Disember 2018
    • Huawei Mate 10, Mate 10 Pro, Mate 10 Porsche Design dan Mate RS Porsche Design
    • Huawei P20 dan P20 Pro
  • Januari 2019
    • Huawei Nova 3 dan Nova 3i
  • Mac 2019
    • Huawei Mate 9 dan Mate 9 Pro
    • Huawei P10 dan P10 Plus

Cara untuk mengemaskini peranti Huawei anda ke EMUI 9.0:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend