HUAWEI Malaysia Tawar Pakej Ansuran Harian Bermula RM8.97 Sehari – HUAWEI Together 2020 Comments Off on HUAWEI Malaysia Tawar Pakej Ansuran Harian Bermula RM8.97 Sehari – HUAWEI Together 2020

Bagi meraikan ketibaan tahun 2020 yang tinggal beberapa minggu sahaja lagi, HUAWEI Malaysia telah mengumumkan promosi ‘Together 2020’ dengan menawarkan Pakej HUAWEI Smart Life untuk peminat jenama HUAWEI di negara ini.

Melalui pakej istimewa ini, anda boleh memiliki kombinasi pelbagai produk HUAWEI yang boleh dimiliki melalui ansuran tanpa faedah pada harga serendah hanya RM8.97 sehari. Pakej yang menampilkan kombinasi antara telefon pintar HUAWEI Mate 30 Pro dan juga pelbagai produk ekosistem HUAWEI ini tersedia dalam enam pakej berbeza yang sangat menarik:

Pilihan Pakej HUAWEI Smart Life:

  • Kombinasi Flagship Untuk Peminat – bermula daripada RM32.53 / sehari
    • HUAWEI Mate 30 Pro + HUAWEI MateBook 13 i7 + HUAWEI Watch GT2 (46mm) + HUAWEI FreeBuds 3 + HUAWEI Q2 Pro + HUAWEI x Gentle Monster
  • Kombinasi Pintar Untuk Pelajar – bermula daripada RM19.39 / sehari
    • HUAWEI Nova 5T + HUAWEI MateBook 13 i5 + HUAWEI Watch GT2 (46mm) + HUAWEI FreeBuds 3
  • Kombinasi Sukan & Kesihatan – bermula daripada RM8.97 / sehari
    • HUAWEI Nova 5T + HUAWEI Watch GT2 (46mm) + HUAWEI FreeBuds 3 + HUAWEI Body Scale (1st generation)
  • Kombinasi Gaya-Kerja Pintar – bermula daripada RM25.69 / sehari
    • HUAWEI Mate 30 Pro + HUAWEI MateBook 13 i5 + HUAWEI Watch GT2 (46mm) + HUAWEI FreeBuds 3
  • Kombinasi Pengembara Pintar – bermula daripada RM22.13 / sehari
    • HUAWEI Mate 30 Pro + HUAWEI MediaPad M6 10.8″ + HUAWEI FreeBuds 3 + HUAWEI x Gentle Monster
  • Kombinasi Pemain Game Pintar – bermula daripada RM25.96 / sehari
    • HUAWEI Mate 30 Pro + HUAWEI MateBook 13 i7 + HUAWEI FreeBuds 3 + HUAWEI Q2 Pro

Selain daripada pakej yang ditawarkan di atas, pengguna juga boleh menentukan sendiri kombinasi produk yang diingini daripada senarai yang ditawarkan. Malah pengguna juga boleh memilih tempoh ansuran bulanan sama ada 6 bulan ataupun 12 bulan, dengan menggunakan kad kredit daripada Ambank, CIMB, Citibank, Hong Leong Bank, HSBC, Maybank, OCBC, ataupun Public Bank.

Bagi yang berminat, anda boleh mengunjungi mana-mana kedai HUAWEI Experience Stores (HES) terpilih di seluruh negara, atau anda juga boleh melayari laman rasmi https://huaweitogether2020.3ex.com.my/ untuk maklumat lanjut.

Baca juga:

HUAWEI Mate 20 Berharga RM1,212 Antara Peranti Dengan Diskaun Sempena ‘HUAWEI 12.12’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend