HUAWEI Malaysia Tawar Hadiah Bernilai RM1155 Untuk Pembeli Terpilih Mate 30 Pro Comments Off on HUAWEI Malaysia Tawar Hadiah Bernilai RM1155 Untuk Pembeli Terpilih Mate 30 Pro 287

Menurut HUAWEI Malaysia, peranti terbaru mereka HUAWEI Mate 30 Pro kini hampir kehabisan stok sejak ia diperkenalkan di negara ini pada 3 Oktober lalu. Pihaknya turut mengumumkan bahawa pelanggan yang terpilih sahaja yang boleh membeli peranti ini di bawah program ‘Pemilikan Eksklusif’.

Bagi yang ingin mendapatkan peranti ini, pelanggan perlu memiliki sekurang-kurangnya dua buah model siri HUAWEI Mate (cth: Mate 10 dan Mate 20). Pelanggan tersebut juga perlu mengemukakan bukti pembelian dan hasil gambar yang ada tera air peranti Mate. Seterusnya yang terpilih akan membawa pulang hadiah bernilai RM1155 iaitu berupa:

  • DJI Osmo Mobile 3 (RM499).
  • HUAWEI PU Back Casing (RM68).
  • HUAWEI SuperCharge Wireless Car Charger (RM289).
  • HUAWEI Care (RM299) – 1 tahun waranti tambahan + 6 bulan waranti skrin retak.

Pada masa sama, HUAWEI mencadangkan pelanggan yang ingin mendapatkan HUAWEI Mate 30 Pro boleh mengunjungi kedai fizikal HUAWEI Experience Store atau mana-mana kedai Harvey Norman seluruh Malaysia selain boleh mendapatkannya melalui kedai dalam talian Senheng atau 3ex.

HUAWEI Mate 30 Pro hadir dengan paparan melengkung 88-darjah yang dipanggil Horizon Display, dibekalkan cipset Kirin 990, bateri berkapasiti 4500mAh, sistem kuadkamera belakang 40MP + 40MP + 8MP + ToF 3D, dan pelbagai lagi pada harga bermula RM3899.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend