HUAWEI Malaysia Tawar Diskaun 20% Untuk Penukaran Skrin Dan Lanjutan Waranti 1 Tahun Comments Off on HUAWEI Malaysia Tawar Diskaun 20% Untuk Penukaran Skrin Dan Lanjutan Waranti 1 Tahun

Bagi meraikan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, HUAWEI Malaysia kini telah memperkenalkan promosi ‘HUAWEI Care 20% Discount’ untuk tempoh terhad, iaitu bermula 18 hingga 24 Januari 2020.

Sepanjang tempoh promosi, pemilik peranti terpilih boleh mengunjungi mana-mana pusat servis yang sah untuk menikmati penjimatan sebanyak 20% untuk penukaran skrin dan juga pembelian lanjutan waranti 1 tahun.

Harga penukaran skrin (termasuk upah pasang) untuk siri P30 dan siri Mate 20 kini hanya RM198.40 berbanding harga asal RM248. Manakala pembelian lanjutan waranti 1 tahun untuk kedua-dua siri ini adalah RM119.20 (RM149).

Harga penukaran skrin (termasuk upah pasang) untuk siri Nova dan siri Y pula kini hanya RM78.40 (RM98), dan pembelian lanjutan waranti 1 tahun untuk kedua-dua siri ini adalah RM39.20 (RM49).

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi HUAWEI Service Hotline di talian 1800-22-0086.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend