HUAWEI Malaysia Secara Senyap Memperkenalkan HUAWEI Y7P – RM699 Comments Off on HUAWEI Malaysia Secara Senyap Memperkenalkan HUAWEI Y7P – RM699

Kemas kini: HUAWEI Malaysia kini telah mengesahkan harga jualan rasmi HUAWEI Y7p untuk pasaran tempatan pada harga RM699, dan akan dijual bermula 14 Februari 2020.

HUAWEI nova 7i akan dijual di Malaysia pada bulan ini malah tarikh pra-tempahan serta harga peranti juga telah diumumkan hari ini. Tinjauan kami di laman sesawang HUAWEI Malaysia juga turut menjumpai satu lagi model telefon pintar baharu.

Model tersebut merupakan HUAWEI Y7P yang mana spesifikasinya berada di kelas pertengahan-bawah menawarkan cipset Kirin 710F, memori 4GB RAM, dan 128GB storan.

HUAWEI Y7P hadir sebagai model pertama dibawah siri-Y dengan kamera depan berlubang pada skrin. Paparan HD+ bersaiz 6.39-inci juga menyertakan kamera depan 8MP f/2.0 sementara trikamera belakang membawakan konfigurasi 48MP f/1.8 + 8MP f/2.4 + 2MP f/2.4.

Peranti dijana bateri 4000mAh (pengecasan 10W) dan dijalankan di atas sistem operasi EMUI 9.1 berasaskan Android Pie. Melangkapi spesifikasi, terdapat sokongan Bluetooth 5.0, bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari, serta sambungan port microUSB.

Daripada segi luaran, peranti ini hadir dengan panel belakang yang kelihatan sedikit pelik. Bagaimanapun kami percaya ia merupakan kelainan yang ingin dibuat bagi model terbaru siri-Y ini. Peranti didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Midnight Black dan Aurora Blue.

Sumber dalaman mengatakan HUAWEI Y7P akan mula dijual di seluruh Malaysia pada 14 Februari 2020 dengan tanda harga RM699 sebuah.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend