HUAWEI Malaysia Sahkan Kehadiran HUAWEI Y9 Prime 2019 Untuk Pasaran Tempatan Dalam Masa Terdekat Comments Off on HUAWEI Malaysia Sahkan Kehadiran HUAWEI Y9 Prime 2019 Untuk Pasaran Tempatan Dalam Masa Terdekat

Pada minggu lepas kami telahpun melaporkan bahawa HUAWEI Malaysia bakal memperkenalkan telefon pintar pertama keluarannya yang menyokong rekaan kamera terangkat. Berdasarkan video acah yang dikongsikan itu, peranti itu telah dipercayai bakal diperkenalkan dalam siri HUAWEI Y.

Ternyata laporan itu telah disah sendiri oleh HUAWEI Malaysia hari ini apabila satu lagi video acah terbaharu yang memperlihatkan sokongan kamera terangkat pada model HUAWEI Y9 Prime 2019. Melalui perkongsian video berdurasi 6 saat itu, ia jelas menyaksikan rekaan skrin penuh dengan kehadiran kamera swafoto yang menggunakan mekanikal auto.

Buat masa ini HUAWEI Malaysia masih lagi belum mendedahkan maklumat lanjut berhubung spesifikasi, harga dan juga tarikh pelancaran HUAWEI Y9 Prime 2019 untuk pasaran tempatan, tetapi ia dipercayai mungkin akan dilancarkan seawal minggu depan.

Spesifikasi HUAWEI Y9 Prime 2019:

  • EMUI 9.0 (Android 9.0 Pie)
  • Kirin 710F (12nm)
  • 4GB RAM + 64GB/128GB
  • 6.59 inci LTPS LCD FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 16MP + 8MP (Ultra Wide Angle) + 2MP (Depth sensor)
  • Kamera depan: 16MP
  • 4000 mAh (USB Type-C)
  • 163.5 x 77.3 x 8.8mm / 196.8g
  • Pilihan warna: Midnight Black, Emerald Green, Sapphire Blue

Miliki siri HUAWEI Y secara eksklusif hanya di HUAWEI Online Official Store:

Baca juga:

HUAWEI Malaysia Dijangka Bakal Melancarkan Peranti Pertama Dengan Rekaan Kamera Terangkat

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend