Huawei Malaysia Mengesahkan Penawaran Komputer Riba MateBook X Pro Di Malaysia Tidak Lama Lagi Comments Off on Huawei Malaysia Mengesahkan Penawaran Komputer Riba MateBook X Pro Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Hari ini kami di TeknoRatz telah menerima emel rasmi daripada Huawei Malaysia yang mengesahkan kemunculan komputer riba keluarannya yang pertama untuk pasaran tempatan iaitu Huawei MateBook.

Walaupun pihak Huawei Malaysia masih lagi belum mengumumkan model yang akan dilancarkan, kami merasakan komputer riba yang akan dibawa masuk itu adalah model Huawei MateBook X Pro. Ini berdasarkan kepada poster imej yang disertakan sekali di dalam kandungan emel tersebut. Tambahan pula model ini telahpun melepasi pengesahan daripada SIRIM pada Julai yang lalu.

Melalui emel yang diterima itu juga, Huawei MateBook X Pro telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Oktober ini. Namun begitu buat masa ini tarikh dan juga harga jualannya masih lagi belum diumumkan secara rasmi, dan tidak mustahil jika Huawei Malaysia akan memperkenalkan lebih dari satu model di dalam majlis pelancarannya itu nanti.

 

Miliki pelbagai produk Huawei di https://shop.huawei.com/my/

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend