HUAWEI Malaysia Buka Pusat Khidmat Pelanggan Premium Yang Pertama Di KL Eco City Mall Comments Off on HUAWEI Malaysia Buka Pusat Khidmat Pelanggan Premium Yang Pertama Di KL Eco City Mall

HUAWEI Malaysia hari ini telah membuat pengumuman rasmi pembukaan Pusat Khidmat Pelanggan Premium HUAWEI yang pertama di negara ini di KL Eco City Mall, Kuala Lumpur, untuk menawarkan sokongan selepas jualan untuk semua pengguna HUAWEI.

Melalui pembukaan pusat khidmat pelanggan premium ini, pelanggan juga boleh menghantar peranti HUAWEI untuk mendapatkan khidmat pembaikan pantas. Lebih menariknya, pelanggan juga boleh melihat sendiri keseluruhan proses pembaikan peranti bagi memastikan ketelusan pembaikan.

Bersempena dengan pembukaan Pusat Khidmat Pelanggan Premium HUAWEI ini, HUAWEI Malaysia turut mengadakan promosi bermula hari ini hingga 15 Disember 2019 nanti. Sepanjang tempoh promosi, pelanggan yang berkunjung akan menerima pelbagai tawaran dan ganjaran menarik seperti berikut:

    1. Servis membersihkan dan pembasmian kuman pada peranti secara percuma.
    2. Pemasangan pelindung skrin percuma untuk model terpilih: siri Mate 30, siri Mate 20, siri P30, siri P20, nova 5T, HONOR 8X, HONOR 8 Pro, HONOR 9 Lite, HONOR 10, HONOR Play, HONOR View20 dan HONOR View 10.
    3. Penebusan cetakan dua gambar percuma apabila anda memuat naik gambar di Facebook, tag 3 orang rakan, dan memasukkan tanda pagar #HUAWEIMSC #GrandOpening dan cabutan bertuah (pada hari pembukaan)
    4. Cabutan bertuah boleh dinikmati pada hari kedua pembukaan dan hari yang berikutnya. Kelayakan cabutan bertuah terbuka kepada setiap pelanggan yang menghantar peranti untuk dibaiki.
    5. Dapatkan lebih banyak hadiah dengan menyelesaikan kaji selidik di dalam artikel HiCare bermula 9 Disember hingga 31 Disember 2019 untuk memenangi hadiah menarik seperti berikut:
  • Hadiah pertama – 1 unit HUAWEI Nova 5T
  • Hadiah kedua – 1 unit HUAWEI 10000mAh Powerbank
  • Hadiah ketiga – 1 unit HUAWEI Body Fat Scale
  • Hadiah saguhati – 10 unit HUAWEI Band 4

Baca juga:

HUAWEI Mate 20 Berharga RM1,212 Antara Peranti Dengan Diskaun Sempena ‘HUAWEI 12.12’

Harga Jualan Rasmi HUAWEI P30 Dan P30 Pro Kini Diturunkan Sehingga RM500, Kini Bermula RM1999

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend