
Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa notebook yang telah berjaya memenangi pelbagai anugerah iaitu Huawei MateBook X Pro telah berjaya dijual lebih daripada 1,000 unit dalam tempoh dua bulan selepas ia dilancarkan di negara ini.

Diumumkan secara rasmi buat pertama kalinya pada Februari 2018 yang lalu di London, Malaysia telah menjadi negara yang mencatatkan jualan terbaik. Kejayaan ini secara tidak langsung telah menyaksikan rekod jualan terbaik yang pernah dicatatkan oleh siri Huawei MateBook.

Huawei MateBook X Pro yang hadir dengan rekaan FullView yang pertama seumpamanya pada sebuah notebook telah tersedia di 60 negara di seluruh dunia, termasuklah pasaran Eropah, Amerika Utara serta Amerika Selatan, Lautan Pasifik, dan juga Afrika. Di Malaysia, Huawei MateBook X Pro telah dilancarkan serentak dengan siri Huawei Mate 20 dan juga Huawei Watch GT.
Miliki siri Huawei MateBook dan dapatkan hadiah percuma menarik:
- Huawei MateBook D (8GB + 256GB) – RM2,999
- PERCUMA – Huawei Bluetooth Mouse (RM249) + Huawei Backpack (RM249)
- Huawei MateBook X Pro (8GB + 256GB) – RM4,999
- PERCUMA – Huawei Bluetooth Mouse (RM249) + Huawei Backpack (RM249) + Huawei Sleeve (RM599)
- Huawei MateBook X Pro (16GB + 512GB) – RM6,999
- PERCUMA – Huawei Bluetooth Mouse (RM249) + Huawei Backpack (RM249) + Huawei Sleeve (RM599)