Huawei Maimang 8 Dengan Skrin 6.2″ FHD+, Kirin 710 Dan Tiga Kamera Kini Rasmi Comments Off on Huawei Maimang 8 Dengan Skrin 6.2″ FHD+, Kirin 710 Dan Tiga Kamera Kini Rasmi 1383

Selepas mendedahkan imej poster Huawei Maimang 8 di China, kini peranti itu telahpun dilancarkan secara rasmi kepada umum. Sebagaimana yang diketahui, Huawei Maimang 8 menampilkan rekaan skrin dengan takuk kecil dan juga rekaan tiga kamera mirip seperti Huawei P20 Pro.

Dikuasakan dengan Kirin 710, Maimang 8 dioperasikan oleh EMUI 9 berasaskan Android 9.0 Pie dengan sokongan GPU Turbo 2.0. Ia juga turut dilengkapi dengan 6GB RAM, sistem fail EROFS dengan ruang storan 128GB, skrin 6.21 inci FHD+ dan juga bateri berkapasiti 3400 mAh (10W).

Maimang 8 turut dilengkapi tiga kamera beresolusi 24MP + 16MP (Ultra Wide Angle) + 2MP (Depth sensor), dan juga kamera depan 8MP. Keupayaan penggambarannya AI turut dibantu dengan sokongan rakaman video gerak perlahan 480fps.

Huawei Maimang 8 yang disasarkan untuk pasaran China sahaja ini sebenarnya turut dikenali sebagai Huawei Mate 30 Lite untuk pasaran global. Ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Magic Night Black dan Blue Sapphire akan dijual pada harga CNY1,899 (kira-kira RM1,147).

Baca juga:

Huawei Mate 30 Lite Akan Dilancarkan Pada Minggu Ini Di China

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend