HUAWEI Mahu Menawarkan Aplikasi Google Di Dalam Kedai Aplikasi Miliknya – AppGallery Comments Off on HUAWEI Mahu Menawarkan Aplikasi Google Di Dalam Kedai Aplikasi Miliknya – AppGallery

Akibat daripada penyenaraian jenama HUAWEI di dalam Senarai Entiti yang telah dibuat oleh kerajaan Amerika Syarikat, model baharu keluaran HUAWEI /HONOR tidak lagi tersedia dengan sokongan aplikasi Google termasuklah Google Play Store.

Bagi mengatasi isu tersebut, HUAWEI telah mengambil pendekatan untuk memperkenalkan aplikasi AppGallery yang merupakan alternatif untuk pengguna memuat turun aplikasi atau permainan. Namun begitu, tidak semua aplikasi boleh tersedia di dalam AppGallery.

Menyedari akan kepentingan aplikasi Google untuk pengguna global, Eric Xu selaku Pengerusi HUAWEI telah memaklumkan kepada portal CNBC bahawa mereka berharap perkhidmatan Google akan tersedia di dalam AppGallery, sebagaimana ia tersedia di dalam aplikasi Apple App Store.

HUAWEI Nova 7i antara model baharu yang tidak lagi didatangkan dengan aplikasi Google.

Ini merupakan idea terbaharu yang sedang difikirkan oleh HUAWEI dalam memastikan penggunanya mempunyai akses terhadap aplikasi dan perkhidmatan daripada Google.

Bahkan langkah ini dirasakan sangat penting memandangkan pendapatan HUAWEI telah berkurangan sebanyak USD12 bilion (~RM51.7 bilion) pada tahun 2019, berikutan daripada tindakan senarai hitam tersebut.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend