Huawei Kunpeng 920 ARM CPU Diperkenalkan Untuk Kegunaan Pelayan Dan Awan Comments Off on Huawei Kunpeng 920 ARM CPU Diperkenalkan Untuk Kegunaan Pelayan Dan Awan

Huawei hari ini memperkenalkan Kunpeng 920, cip pemproses berasaskan ARM untuk kegunaan awan dan pengkalan data. Cip berprestasi tinggi ini dibina bertujuan untuk memenuhi permintaan sistem awan berikutan peranti Huawei yang kini banyak digunakan di seluruh dunia.

Kunpeng 920 diinspirasikan daripada cipset Kirin 980 yang dibangunkan tahun lalu. Pemprosesan Kunpeng dijana ARMv8 64-teras dengan frekuensi 2.6GHz yang mampu mengendalikan data bersaiz besar, mengagihkan storan, atau erti kata lain untuk kegunaan pelayan.

Huawei turut memperkenalkan pelayan pertama yang dikuasakan oleh Kunpeng 920 yang dinamakan TaiShan. Setakat ini, syarikat yang terawal menggunakannya adalah Linaro, Green Computing Consortium, Open Stack, dan Cloud Native Computing Foundation.

Melalui pengumuman ini, ia sedikit sebanyak dapat memberi kesan kepada Intel yang kita sedia maklum terkenal dengan membekalkan perkakasan pelayan. Pada masa sama, Huawei juga dapat membaiki infrastruktur rangkaian serta meningkatkan tahap keselamatan data.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend