HUAWEI Jalin Kerjasama Dengan TomTom Untuk Perkhidmatan Peta Dan Navigasi Comments Off on HUAWEI Jalin Kerjasama Dengan TomTom Untuk Perkhidmatan Peta Dan Navigasi

Dalam usaha untuk memastikan tawaran aplikasi yang lebih meluas untuk telefon pintar keluarannya, HUAWEI baru-baru ini dilaporkan telah menjalinkan kerjasama dengan TomTom.

Disahkan sendiri oleh syarikat pemetaan dan navigasi terkenal dari Belanda iaitu TomTom, HUAWEI dikatakan akan menggunakan perkhidmatan peta dan navigasi dari TomTom untuk telefon pintar keluarannya.

Menurut Remci Meerstra selaku jurucakap TomTom,perjanjian itu sebenarnya telahpun dipersetujui lebih awal, tetapi ia tidak dimaklumkan kepada umum sehinggalah ke hari ini.

kredit: Jasper Juinen/Bloomberg

Jalinan kerjasama ini terbentuk sebagai sebahagian daripada inisiatif HUAWEI dalam memperluaskan penawaran aplikasi kepada penggunanya. Ini berikutan isu ‘Senarai Entiti’ yang dikenakan oleh kerajaan AS, yang menyebabkan peranti HUAWEI tidak lagi menyokong perkhidmatan GMS (Google Mobile Services).

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend