Huawei HDD Portable Dengan Kapasiti 1TB Direka Khusus Untuk Siri Huawei Mate 20 Comments Off on Huawei HDD Portable Dengan Kapasiti 1TB Direka Khusus Untuk Siri Huawei Mate 20

Sejak siri Huawei Mate 20 dilancarkan secara rasmi, sambutan terhadap model Mate 20, Mate 20 Pro dan Mate 20 X sememangnya sangat positif di seluruh dunia. Selain memperkenalkan telefon pintar mercu, Huawei juga dilihat turut menawarkan aksesori khusus untuk siri tersebut dengan penawaran kad memori NM yang pertama seumpamanya di dunia.

Tanpa ada sedari, sebenarnya Huawei juga turut memperkenalkan satu lagi aksesori khusus untuk siri Huawei Mate 20 dengan kemunculan Huawei HDD Portable. Tampil dengan nombor model ST310-S1, pemacu cakera keras ini menyokong ruang simpanan yang sangat besar iaitu mencecah 1TB dengan rekaan kalis air.

Huawei HDD Portable ini boleh digunakan untuk membuat salinan (backup) segala kandungan data dan juga media pada siri Huawei Mate 20. Lebih istimewanya, ia bukan sekadar boleh digunakan untuk membuat salinan data apabila telefon pintar dari siri Huawei Mate 20 disambungkan, tetapi dalam masa yang sama peranti anda akan turut dicas dengan lebih pantas.

Dengan menggunakan satu port USB-C, telefon pintar daripada siri Huawei Mate 20 boleh dicas dengan sangat pantas dengan sokongan tiga output berbeza iaitu 5V2A (10W), 9V2A (18W), dan juga Huawei SuperCharge 5V4.5A (22.5W). Buat masa ini ia hanya menyokong siri Huawei Mate 20 sahaja, dan lebih banyak model akan disokong pada masa akan datang.

Huawei HDD Portable masih lagi belum dibawa masuk secara rasmi ke pasaran Malaysia, tetapi kini sudah ada penjual tempatan yang mula menawarkannya pada harga RM399.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend